Lyrics Forever

Terimalah Aku - Amy Mastura

Terimalah Aku - Amy Mastura

Izinkan bagiku kasih
Memetik kembali cintamu
Membuka ruang yg tertutup

Izinkan bagiku kasih
Selami ke dasar hatimu
Melerai segala kekusutan

Barangkali aku harus cuba
Menunggu waktunya oh...
Barangkali dikau sekadar
Utk hanya menduga

Terimalah
Salam cintaku
Simpanlah di hatimu
Percayalah tidak ku sengaja
Membuatkan hatimu terluka

Biarlah berterus terang
Aku datang bersama harapan
Jangan biarkan ku kehampaan

Barangkali kau masih terluka
Barangkali kau masih curiga
Biarlah aku buktikan semua

Terimalah aku semula
Seperti dahulu oh...
Dgn hatimu yg terbuka
Maafkan segalanya

Izinkan aku bertakhta
Di hatimu selamanya
Dalam sentosa kita harus menyatu... rasa

Tekanan Jiwa - Amy Mastura



Tekanan Jiwa - Amy Mastura

Dalam kesibukan mengejar yang dicita
Dalam kesesakan, kesuntukan masa
Kadangkala kita terlupakan yang utama

Setiap kehidupan pasti punya cabaran
Jangan sampai jiwa dihanyut tekanan
Cubalah tempuh sehari demi sehari

Tekanan jiwa
Tekanan minda
Jangan biar tekanan imlakkan kehidupan
Segala rintangan ada jawapan
Hidupmu perlukan perubahan

Berhenti seketika tenangkan fikiran
Minda bukanya jentera segala bebanan
Bergembira berpada bukan nya satu dosa

Setiap kerumitan pasti punya jawapan
Jiwa haruslah tabah hadapi tekanan
Cubalah tempuh sehari demi sehari

Tekanan jiwa
Tekanan minda
Jangan biar tekanan imlakkan kehidupan
Segala rintangan ada jawapan
Hidupmu perlukan perubahan

Bukanlah kita insan biasa
Perlukan kasih dan sayang
Mungkin itulah saja penawar
Kita di dunia

Tangisan Siapakah - Amy Mastura

Tangisan Siapakah - Amy Mastura

Di kesuraman malam tak berbintang
Terdengar sayup tangisan
Halus suara menusuk ke kalbu tangisan
Siapakah itu
Kutuju kearah di mana datangnya suara
Terpandang di bawah pohonan
Rendang seorang bayi kedinginan

Bukan di sini tempatmu sayang
Tempatmu di dalam pelukan
Siapa ibu siapa ayah
Insan-insan tak berjiwa

Kutuju kearah di mana datangnya suara
Terpandang di bawah pohonan
Rendang seorang bayi kedinginan

Bukan di sini tempatmu sayang
Tempatmu di dalam pelukan
Siapa ibu siapa ayah
Insan-insan tak berjiwa

Bukan di sini tempatmu sayang
Tempatmu di dalam pelukan
Nasib dirimu seperti sampah
Diperlakukan insan tak berjiwa

Suria Khatulistiwa - Amy Mastura



Suria Khatulistiwa - Amy Mastura

Memancar
Indah sang suria
Hijau suasana
Gemilang semesta

Nyiur melambai
Bayu bertiupan
Gembira kepulangan
Nelayan samudera

Menjunjungkan atap rembia
Berlindungkan panas membara
Sang Suria Khatulistiwa
Memancar

Manusia
Bermandi keringat
Membanting tenaga
Membangun negara

( korus )
Sekian lamanya berusaha
Kini jadi nyata
Cita-cita

Semangat wawasan membara
Menghangatkan cita
Dalam dada

Suatu Masa Suatu Ketika - Amy Mastura

Suatu Masa Suatu Ketika - Amy Mastura

Pengorbanan dalam cinta
Usia dipersia
Apakah mungkin kita
Akhirnya kan bersama

Sekian lama ku pendam hasrat ini
Berbunga tanpa disirami
Perasaan berputik sendiri

Pada mula kucuba menghindari
Tak mahu ku berteka-teki
Kerana cinta belum pasti

Tanpa diduga bila bersua
Pasti wajah mu kekal di jiwa
Bertahun-tahun ku simpan rahsia
Rupanya kita saling cinta

Satu ketika aku melawan rasa
Tanpa ku sangka kau bongkar rahsia di dada
Satu ketika kau hampir berputus asa
Lalu dirimu aku terima

Lyrics Counter