Lyrics Forever

Suatu Masa Suatu Ketika - Amy Mastura

Suatu Masa Suatu Ketika - Amy Mastura

Pengorbanan dalam cinta
Usia dipersia
Apakah mungkin kita
Akhirnya kan bersama

Sekian lama ku pendam hasrat ini
Berbunga tanpa disirami
Perasaan berputik sendiri

Pada mula kucuba menghindari
Tak mahu ku berteka-teki
Kerana cinta belum pasti

Tanpa diduga bila bersua
Pasti wajah mu kekal di jiwa
Bertahun-tahun ku simpan rahsia
Rupanya kita saling cinta

Satu ketika aku melawan rasa
Tanpa ku sangka kau bongkar rahsia di dada
Satu ketika kau hampir berputus asa
Lalu dirimu aku terima

Siapalah Aku - Amy Mastura



Siapalah Aku - Amy Mastura

Siapalah aku ini
Yang ingin memetik cintamu
Siapalah seadanya
Diriku di sisimu

Kau punya segalanya
Sedangkan aku insan hina
Hidupku penuh dengan kisah duka
Antara kita jurang nya berbeza

Biarlah usahlah
Bermain dengan api
Kelaknya terbakar sendiri

Biarlah tersimpan
Segala perasaan
Rahsia hatiku terhadapmu
Siapalah aku

Sha Na Na - Amy Mastura



Sha Na Na - Amy Mastura

Kenapa, mengapa, usah ditanya
Kemana, di mana ohh tiada bezanya
Hatiku ceria bagai sang suria
Hari minggu hari bergembira

Hilangkan rasa rasa curiga
Duka dan nestapa
Mari kita menyanyi
Lagu sha na na na na
Esok kerja, jadi hari ini
Kita berjumpa dengan
Si dia yang tercinta

Hilangkan segala
Duka dan nestapa
Mari bergembira
Dengan lagunya
Sha na na na na
Na na na na
Na na na na

Senyuman Mu - Amy Mastura

Senyuman Mu - Amy Mastura

Kau senyum
Ku membalas senyuman
Senyumanmu menawan

Kau pandang
Ku membalas pandangan
Pandanganmu mengusik

Berdebar hati melihat kau, datang menghampiri
Diriku dengan senyuman
Perkenalan kita satu kebetulan, kita berada
Di tempat yang sama

Senyuman membuat diriku
Ingin rasa ku kenal hati budimu
Senyumanmu membuat ku
Tidak jemu untuk ku mendampingimu

Kau kata
Ku dengari katamu
Berkata kan bersama

Kau janji
Ku pegangi janjimu
Berjanji kan setia

Kadang kala tak percayai, dirimu kini
Telah menjadi milikku
Kebahagian yang kuidamkan selamanya, kini
Ku temui dirimu

Pabila ku rindu
Ku bayang senyuman manismu
Pabila hatiku terasa sedih
Senyuman mu penawar duka

Satu Dalam Sejuta - Amy Mastura



Satu Dalam Sejuta - Amy Mastura

Tidakku percaya seindah bayangan
Dengan kemunculan dirimu
Bagai sempurna kehidupan di dunia
Kau mewarnai hitam putih di kalbu

Kaulah senyuman di sebalik tangisan
Kau mencetus inspirasi hidupku
Memberikan harapan setelah di kecewa
Bagaikan mimpi termakbul menjadi nyata

( 1 )
Kupasti kau hanya satu di dalam sejuta
Insan teramat dicinta dan teristimewa
Syukur pada Ilahi kau anugerah dunia
Ternyata kau hanya satu di dalam sejuta

Mungkin kau satunya insan dicipta untukku
Memberi semangat dalam ketakutan
Ku mendoakan sejahtera mengiring usia
Kerana dunia tak seindah tanpamu bersama

( ulang 1 )

Tidak kenal erti hampa dan duka
Kau ibarat suria di malam gelita
Tidak mungkin ku seperti dulu
Kerana kali pertama ku mendalami cintaku

( ulang 1 2X )

Lyrics Counter